Makersmeet Exhibition 2018

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah menghadiri pameran MyMaker, Internet of Things (IOT) dan sesi perkongsian teknologi mengenai inisiatif DLSD. Acara ini merupakan program kolaborasi Digital Lifestyle and Society Department (DLSD) MCMC dan Pustaka Negeri Sarawak serta Kedutaan Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mempromosikan MyMaker di Sarawak dengan memberi tumpuan kepada pembinaan rangkai maker, usahawan dan menonjolkan bakat tempatan. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu 20 hingga 21 Oktober 2018 bermula 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Memberi peluang kepada staf Pusat Internet terutamanya kepada Urban Poor untuk lebih mempelajari tentang langkah-langkah menggunakan 3D Printer.

• Membolehkan staf mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari ke Pusat Internet masing-masing.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Sharing Session on Technology 3D Printing
• Arduino Programming Workshop
• MyMaker Exhibition

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali